KUCHING: Empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong melalui persidangan video dari Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.
Parti itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mewakili presiden parti masing-masing bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melaksanakan tiga perkara penting untuk memerangi Covid-19.
“Melaksanakan pendekatan bagi memulihkan ekonomi adalah antara yang dibincangkan oleh Abang Johari semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong melalui persidangan video dari pejabat Ketua Menteri di sini,” kata kenyataan yang dikeluarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.
Presiden dan Pengerusi menandatangani satu kenyataan dikeluarkan bersama di sini ialah Pengerusi SUPP, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Presiden PRS, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Presiden PDP, Dato Sri Tiong King Sing.
Turut dicadangkan oleh Ketua Menteri ialah program vaksinasi perlu dipercepatkan dan selesai menjelang Ogos untuk mewujudkan komuniti kelompok, memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil untuk memastikan program dan pelaksanakan ekonomi berjalan lancar semasa pandemik Covid-19 dan melaksankan Pelan Pasca Ekonomi Covid-19.
Sim, James Masing dan Tiong turut hadir pada persidangan video berkenaan.
Sumber dari : Jiwa Bakti